Isnin, 29 April 2013

Mesyuarat Agong teristimewa...

Assalamu'laikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera

Apa khabar anak-anak, abang-abang, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan dan pembaca-pembaca blog yang budiman? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah hendaknya. Adapun entri kali ini menyentuh berkaitan mesyuarat agong pibg bagi tahun 2013.

Ustaz Syahirman ( gambar sebelah) dalam menyampaikan kata-kata semasa temubual bersama wartawan pesisir kami, Encik Amirul menegaskan bahawa mesyuarat agong yang diadakan kali ini lebih kepada meraikan kehadiran keluarga adik Khairin Nazmi bin Khairul Azhar, yang terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal tahun lalu (video di sini). "Nazmi adalah keluarga kita, kesedihan, kehilangan yang beliau alami,menyebabkan kita menangis bersama. Ketabahan, kekentalan dan semangat beliau dan ibunya, mengharungi dugaan ini mengajar kita satu perkara, jangan cepat berputus asa, Allah sentiasa bersama hambaNya, saat duka dan bergembira". kata beliau penuh perasaan.

Benar. Walau sehingga kini saya yakin, keperitan keluarga Nazmi menghadapinya belum pudar, namun kegembiraan mana lagi mahu kami ucapkan, saat melihat Nazmi berlari keriangan, berjalan bersama rakan, melemparkan senyuman setiap kali berselisih dan petah berkata-berkata, membuat hati kami bagai di taman astakona...


"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al Baqarah ayat 155). Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kegembiraan, keceriaan dan kejayaan dalam hidup.

Moh kita layan gambar pula...

Membaca jambatan ilmu.

Masih awal, tetamu lebih kepada bertanya khabar ibu Nazmi.


Ibu Nazmi, hadir walaupun bertongkat.

Ketua kerusi, Cikgu Norfaeza.

Barisan terbaik.

Heh, lama dah mesyuarat, baru masuk blog ye.

Persidangan bermula.

Bolah tahan, Alhamdulillah.

Kaum ibu, tonggak negara.

Ustaz Arselan, YDP PIBG kita.

Ketua kerusi menutup muka tak mahu orang kenal. Kalau nak kenal, cari gambar di atas.

Ahli mesyuarat paling muda.

Rakyat membaca, rakyat bijaksana.

Al Fadhil Ustaz Mohd Khairudin, Guru Besar penuh visi.

Cikgu Siti, wakil guru, Cikgu Yan wakil guru untuk senyuman.

Cikgu Zaimi, wakil guru untuk gendang.

Nazmi dan ibu.

AJK baru kita, ibu kepada Izzah dan Akram.

Nazmi...

Tengah, Al Fadhil Ustaz Asri.

Handhollah, generasi Al quran.

Encik Wan, orang kuat PIBG.

Sekian sahaja untuk kali ini, jumpa lagi di lain waktu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan