Selasa, 29 November 2011

Cuti-cuti @ Attaqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Adapun cuti-cuti sekolah, guru-guru mengikut giliran tetap bertugas di sekolah. Seperti yang lain, saya pun turut sama. Minggu ni saya bertugas bersama Ustaz Sahran dan Cikgu Zaimi ditemani Abang Medan, Adik Amirul, Nisa dan Cikgu Hamidah serta Cikgu Julina. Keje banyak jugek yang dibuatnya, tapi keje luar keje pon banyak.Huhuhu. Minggu ni kome lebih banyak layan kamera, maklumlah skang musim gile kamera, jadik kome explore apa boleh buat dengan kamera-kamera ni.


Cikgu Julina baru balik berjoging dan berjaya menghilangkan berat badan sebanyak 2 kati.



Ustaz Sahran dan Amirul melayan kamera.


Rama-rama hinggap lantai.


Sebenarnya banyak pemandangan cantik di sekolah ni, esok saya ronda cari port menarik lagi. Nak join? Datangla ke sekolah kami...jumpa lagi.



Jumaat, 25 November 2011

Sukarelawan diperlukan...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Memandangkan musim tengkujuh telah pun tiba, begitu juga dengan attaqwa yang perlu bersedia menghadapi banjir.Ketika artikel ini ditulis, air semantan telah pun melimpah atas jalan di laluan masuk Kg Paya Kechik melalui Masjid Bukit Kepayang. Untuk itu, kami amat berbesar hati dan dengan rendah dirinya memohon kepada bekas murid, murid, ibu bapa penjaga murid serta individu atau pihak-pihak yang lain untuk membantu kami dalam memunggah barangan sekolah ke tempat yang selamat.

Jika anda sudi, bolehlah memberikan nombor telefon untuk dihubungi ke facebook Sra At-Taqwa Temerloh (inbox) dan kami akan menghubungi anda apabila khidmat anda diperlukan. Buat masa ini, paras air paya di keliling sekolah masih dalam keadaan normal.

Bagi anak-anak di luar sana, pastikan keselamatan diri dijaga dan dikawal. Berdoalah semoga banjir tidak melanda sekolah kita...insya Allah.

Terima kasih...

Isnin, 21 November 2011

Kem Membaca Ditutup

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu akhir persekolahan juga telah diadakan satu majlis perasmian penutupan kem membaca. Mengikut ucapan perasmi penutup, Cik Siti Zaleha bt Abd Hamid (PK HEM) didapati peratus murid membaca meningkat namun peratus jumlah bacaan pula yang menurun.Di bawah ini adalah sedikit petikan ucapan beliau semasa majlis perasmian penutup diadakan:

"Diharap dengan program seperti ini, murid-murid dapat menambahkan lagi koleksi ilmu di dada masing-masing. Saya melihat peningkatan jumlah murid yang terlibat dalam kem ini satu perkara yang amat memberangsangkan, namun kemerosotan jumlah bacaan perlu diperbaiki kerana membaca itu jambatan ilmu. Jangan terlalu mengharapkan buku itu hadir di hadapan kita, tapi carilah buku di mana sahaja. Saya mahu beribu-ribu Aminah Adibah di sekolah ini yang minat membaca buku".

Begitulah sedikit ucapan perasmi dalam majlis tersebut. Beliau berhenti bercakap pun sebab hujan,ame dok mau sampe tengahari baru berenti.hehehehe

Ni la dia perasmi kita Cikgu Siti Zaleha sambil ditemani Cikgu Buku Norlizan.

Petrosains Yang Mengejutkan!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Pandai Cikgu Julina merahsiakan perkara ini. Walaupun berkali-kali sahabat disekolah cuba menghubungi beliau sehingga menyebabkan cramp tangan dan kaki mendail nombornye, rahsia itu akhirnya dipecahkan di sekolah dan bukan di sekolah bukit chermin ataupun dalam kete.

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas kejayaan ini. Malah langsung tidak difikirkan anak-anak ini akan menang. Sekadar menyertai program sebagai memenuhi aktiviti selepas UPSR, wakil sekolah Attaqwa membuat kejutan pula! Dalam pertandingan tersebut wakil Attaqwa iaitu Siti Hajar bt Sabar, Wan Nor Atiqah bt Wan Zainoddin dan Khadijah An-Najibah bt Azha Sabri mendapat tempat pertama dalam pertandingan rekacipta yang dikendalikan oleh Petrosains.

Tahniah diucapkan kepada mereka dan juga Cikgu Julina yang bersusah payah control stereng pergi dan balik!

Cikgu Azu macam senator je gayanye berucap.

Ahad, 20 November 2011

UPSR dan UPSRA 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat pagi semua. Hari ni baru saya berkesempatan untuk update blog skolah kita. Untuk makluman,Khamis lepas kita telah mengetahui keputusan UPSR dan UPSRA 2011 sepertimana yang diumumkan oleh tuan guru besar. Adapun UPSR dan UPSRA pada tahun ini menunjukkan penurunan peratus lulus, namun peratus murid yang mendapat gred 'A' pula meningkat.

Bagi UPSR, 5 orang mendapat keputusan 5A manakala UPSRA pula 8 orang mendapat 5A. Untuk semua calon, diucapkan tahniah atas kejayaan anda serta usaha yang diberikan selama ini, syukur pada Allah. Bagi murid tahun 6 2011, ini adalah permulaan dalam menempuh cabaran dihadapan.Perjalanan masih jauh, pastikan jalan yang dipih itu adalah jalan yang diredhai Allah.

Semoga kita berjumpa lagi...

Ahad, 13 November 2011

Khidmat Masyarakat @ Masjid Assyakirin Bukit Kepayang, Temerloh

Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlupa pulak nak cite program ni. Dah dibuat pada bulan 10 lepas. Rali tengok gambar, terjumpa gambar-gambar ni. Ini kali pertama tahun 2011 kita buat program khidmat masyarakat. Tak jauh. Masjid kampung di sini aje. Alhamdulillah, murid tahun 6 walaupun penat kembara alam tak ilang, disambung terus keesokan harinya dengan program ini. Rata-rata tidak mengeloh memandangkan mereka di beri makanan percuma.

Bukan itu saja, semua peralatan pon percuma, yang kena bawak cuma pakaian sendiri je. Pada hemat saya, semuanya gembira hari tu sebab tak kena jalan kaki, naik kereta lagi (bau tetap masam macam pegi kembara alam). Setiap gambar ade ceritanya....


'Koi bukan reti lipat sejadoh,bese gantong teruh je' kata Ainna sambil dijeling Aqilah antara percaya tak percaya, senang cite tak percaya la tu.

Persediaan Banjir 2011

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kali ni kita layan pulak rakan-rakan kita dari tahun 5 dan 6 mengadakan gotong royong membuat persediaan menghadapi banjir. Maklumla sekolah ni kawasan banjir, walaupun jabatan kaji cuaca tak mengatakan Temerloh terlibat dengan banjir tahun ni, tapi persediaan tetap kena buat. Bak kata seorang rakan di kajicuaca, kome ramal je, sebenarnya perancangan daripada Allah itu paling hebat.

Kalau dilihat pada kesungguhan akak dan abang kita ni, mereka memang bersemangat mengangkat meja, kerusi dan lain-lain. Semoga dengan usahasama mereka ini, diberikan ganjaran pahala oleh Allah hendaknya. Moh kita layan gambo-gambonye....

Keputusan UPSR & UPSRA 2011

Assalamu'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Harap semua dapat bersabar dan dalam keadaan tenang. Insya Allah keputusan UPSR dan UPSRA akan dikeluarkan pada hari Khamis 17 November 2011. Tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Guru Besar selepas majlis ihtifal nanti lebih kurang jam 11.30 pagi.

Harap maklum.

Sabtu, 12 November 2011

Buah tembikai

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Sekali pandang dua biji buah tembikai ini tidaklah berbeza dengan buah tembikai yang lainnya. Buah ini tetap berisikan tembikai dan rasanya tentulah tembikai. Tidaklah pula ia berasa buah durian ataupun buah kelapa. Tetapi, apa istimewanya beg tembikai itu?

Buah ini diambil gambarnya oleh saya kerana ia amat bermakna buat guru-guru At-Taqwa.Tidak ada emas di dalamnya, Namun, niat murni seorang murid menghadiahkan sebiji untuk guru lelaki dan sebiji untuk guru perempuan.Tak usah dipertikaikan pemberiannya. Istimewa tembikai ini adalah: