Adapun posting kali ini lebih kepada satu hadiah kesembuhan buat beberapa orang guru dan anak-anak yang mula dilanda demam, selsema ataupun batuk. Paling terkesan dengan dugaan ini adalah Cikgu Siti Zaleha (gambar sebelah), yang tetap hadir ke sekolah walaupun beliau kini semakin teruk ke hulu ke hilir menghilangkan perit sakitnya. Katanya kepada saya petang tadi sambil ditenung Encik Amirulmukmin penuh saspen 'Sakit menjadikan kita semakin hampir dengan Allah, setiap saat bibir diucap ulang kalimah Allah, mengadu penuh hina hamba ini kesakitan di dunia. Bagaimana kelak kita di akhirat, saat matahari cuma sejengkal, menghadap Pencipta Yang Maha Berkuasa.Adakah kita bersedia?' dihumban persoalan itu kepada saya. Ditinggal pula persoalan itu oleh saya tanpa jawapan, hanya kedengaran bunyi debu dari daun-daun kering yang melintas...
Encik Amirul terus memandang, saya pula memikirkan apa aksara lagi mahu ditaip... layan aje la gambar yang mana sempat diambil sepanjang seminggu dua persekolahan awal tahun ini ye.
Perhimpunan rasmi Isnin pertama, Ustaz Syahirman menceriakan suasana pagi damai.