Azran ceria kembali.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
"Bila nak keluar ustaz?"kata sebahagian anak-anak hebat Attaqwa itu. Lantas saya menjawab "Sabar, sikit lagi masa saya perlukan" Tersenyum pula mereka. Ada yang minta gambar mereka disiarkan, tidak kurang juga yang meminta jangan disiarkan gambar mereka, malu katanya. Tapi ayat anak-anak itu taklah seskema ayat di atas tu, deme pakai ayat kampung je,hehehe.
Alhamdulillah, program yang dirancang asalnya tergendala setelah bertembung dengan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, akhirnya ia sempurna jua diadakan. Antara kejohanan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk guru-guru yang terlebih seronok contohnya Cikgu Jasimah. Manakan tidak, rumah sukan beliau dah 8 tahun tak pernah johan keseluruhan, asyik johan kebelakang je..hehehe
Tanggal 11 Febuari 2012, maka ditentukan Allah kejohanan ini dilangsungkan. Tiada masalah, segala persiapan dibuat baik termasuk kebajikan dan keselamatan murid. Bagaikan kapal perang sedia bertempur, begitulah dengan ahli-ahli rumah sukan yang terdiri daripada Temenggung, Syahbandar, Panglima dan Laksamana. Sangat bersemangat. Bersedia berkhidmat kata mereka.
Lebih meriah, laluan sama kami turut digunakan juga oleh pelajar SM Vokasional Puteri. Maka hari itu, bagaikan pesta di kampung Paya Kechik dengan kesesakan manusia atas jalan mengejar nama selaku manusia hebat di sekolah dalam larian merentas desa, tak kurang juga bagi mereka yang berjalan sambil lewa melihat pemandangan menarik kampung tradisional ini.
Baiklah, daripada saya terus menghujani entri ini dengan kata-kata menarik di atas, moh kita layan gambar macam biasa.heheheh
Ayunya Cikgu Zaimi lead latihan merentas desa.
Masa latihan, cantik je larian, dalam barisan!
Masa latihan, boleh rehat-rehat.
Ni betul-betul dah ni. Ikram bukan main semangat,pastu masa lari dia asik mintak air ngan Cikgu Mohaiza.
Hai ustaz, salah anak murid eskot tu. ahaks
Eleh, dah ketinggalan jauh pun nak pis pis kat orang?
Kereta-kereta keselamatan tajaan perodua dan honda.
Penumpang kereta ini dipercayai merakam gambar murid sekolah lain.
Kalau ade jpj, kena dah ni,lebih berat yang dibenarkan.
Suka mat deme yak naik keta.tak jantan lalu.
Cerahnya Cikgu Siti.hihi
Cuba cari 2 beradik dalam gambar ini.
Apa yang dikerutkan tu Salman? (Barisan belakang)
Cikgu Noriza kecewa, ingatkan kategori orang tua ade, keknye untuk budok je larian ni weh. huhu
Apa hal ni? Nak tayang lubang hidung ke?
Maha Suci Allah, sungguh cantik ciptaan-Nya.
Jejaka bernama Adam dibelakang nu, dengar kabo orang pangsenam ke mana entoh nok ke dia. Tak gitu Ainna?
Syok sendiri.Jaman kecik-kecik dulu tak mboh masuk sukan.
Ni gambar feveret saya. Ala-ala Sani kopratasa gayanya.
Jam 7 pagi dah berkumpul. Cahaya belakang tu bukan matahari baru nak muncul.
Standby nak mulakan larian. Ledis fes orang paya kecik kabo.
Tuan Guru Besar nak naikkan bendara, tanda bermulanya kejohanan.
Amboh letih mat akok te yak."Laju betoi budok ni lari" kabo di akok tercungap-tercungap.
Ni bukan tarian, tapi larian.
Tak sangka jugak, budak kecik lagi cepat lariannya berbanding mereka yang besar itu.
Meriah betul masa ni, rasa cam nangis pon ade.
Padanla budok beso kalah belaka, garang mat bebudok kecik kita ni.
"Yaih, letih mat koi ni ustat, tolongla dukong koi ni, x daye dah..rasa nak minum seme air semantan tu"
Masa ni, brother tu kene perli ngan cikgu dia. kaloh ngan budok kecik.hihihi
Bina satu ayat berpandukan gambar di atas.
Ni kes mahkamah ke apa ni?
Letih tu.
Aik tak letih dah?
"Jam ni kalo kita tekan, terus kita sampai ke sekolah" Kata Adhwa membobok rakannya.
eeeeeeeeee lari atas angin (jangan tegur).
Letih betul ni, spesen je gayanya.
Terima kasih abang dan kakak JPAM, tetap setia bersama kami susah dan senang.
Peserta paling akhir, boleh berjalan macam kat pasar.
Lalalalala lampam kumpulan kami!
"Ingatkan milo, seamaster je, tak rock lalu cikgu ni"
Ni bukan ahli JPAM.
Menjeling-menjeling ku terpandang, mata kita sama memandang. Cewah
Ada apa dengan tiang telekom?
2 lari satu berjalan. Selesaikan.
Azhad berjaya menamatkan larian.
Depan sekali ni ketua kumpulan kepada murid-murid berbaju putih nu. Yang penting bukan rumah temenggung.
Berangkat-angkat la ni. Meh angkat koi ni jadik bapak angkat.
Sukarelawan kita, Cik Su Anum (bukan nama sebenar).
"tercapai jugak cita-cita adik ni, nak bergambor depan pintu masuk sekolah sejak dari usia 2 tahun lagi"
peserta terakhir tiba dengan skuad khas JPAM.
Kirakan jumlah gigi yang tinggal.
"Aduhai hati, andai lautan jadi pemisah, kan ku sulam masinnya jadi pengubat rindu"
Yang dinanti-nanti rumah temenggung.
Antara hadiah untuk pemenang.
Tuan Haji Man Semantan mengepalai nasyid maulid.
Akak kesayang kita dan deme semua, hadir memberi semangat dan tak salah menemani abang adam..kuikuikui
Adoi la jejaka ni. Rugila deme aqilah, FARAH, ummu tak datang.
Adakah ini cara terbaru memberi pingat?
"rilekla ustaz, nak medal masukla lari.hihihik"
Oit nampak ketiak.
Kategori murid perempuan tahap 1
Kategori murid lelaki tahap 2
Kategori murid permpuan tahap 2
Kategori murid lelaki tahap 2
Murid terbaik kejohanan, sentiasa patuh mendegar arahan dan berdisiplin.
Guru chek point terbaik, menghabiskan semua checkpoint termasuk yang dibuang ke sungai untuk menghilangkan bukti.
Nak balik rumah....tengok emon...
Murid terbaik kategori senyum termanis kaw-kaw.
adi beradik berpelukan gembira.
Bergambar je la deme.
Mashitah semakin rendah? Nak jumpa adam ke sanggup datang dari sekolah ni.hahahuu
Akhirnya, piala ini milik Tuan Haji Man Semantan, bukan orang lain punya.
Itu saja buat masa ini. Mohon maaf andai gurauan di atas mengguris hati kalian. Gurau-gurau je.
Assalamu'alaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan