Sabtu, 11 Februari 2012

Badminton

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Nurul Izzah menunjukkan medal tempat ketiga bersama Kejohanan MSSD Temerloh 2012.

Air mata itu mengalir juga. Tidak tertahan lagi.Bukan disebabkan Ustaz Syahirman nak belanja aiskrim koneto, tapi saat diri kecewa tewas ketika menang tak terjangka sebelumnya. Itulah adat resam dunia, perancangan Yang Maha Esa mengatasi segalanya. Nurul Izzah bt Abd Majid, mengejutkan ramai pihak.Bukan pilihan, apatah pula Attaqwa kali akhir menyertai Kejohanan Badminton MSSD Temerloh adalah pada tahun 2008. Satu masa yang lama, kini 2012 mencipta sejarah. Izzah sendiri saat perlawanan suku akhir,tika jantung saya dan  Ustaz Man bagaikan dilanggar kapal selam,sesak nafas dibuatnya. Saat saya pergi menghampirinya, ketika beliau berjaya mengikat keputusan 1-1 bertemu tuan rumah iaitu SJKC Khee Chee, pucat putih bagaikan kapas rupanya sambil berkata 'Saya ketar ustaz!' dalam nada terketar-ketar seakan memandu lori di Alaska.

Perlawanan suku akhir itu akhirnya milik beliau.Syabas anakku. Separuh akhir kita layak. Melihat pertembungan separuh akhir ialah dengan murid yang mewakili Pahang dalam MSSM, saya dan Ustaz Man sekadar berkata 'Kamu sudah jauh Izzah, kamu sudah buktikan,Attaqwa mampu bersaing sejauh ini,buatlah yang terbaik'. Separuh akhir itu tumpas jua Izzah, tersungkur. Jumaat pula, berita gembira hadir apabila mendapat tempat ketiga bersama dalam Kejohanan Badminton MSSD Temerloh 2012.

Tidak perlu kecewa atas kekalahan di separuh akhir, seharusnya kita bangga atas pencapaian ini. Jangan dilupa pula pencapaian Mohd Faiz b Mohd Nasir, perseorangan lelaki yang kandas di suku akhir dalam perlawanan cukup sengit. Tidak kurang hebatnya, begitu juga keadaan kami tak senang duduk dibuatnya. Mereka ini membanggakan kita. Mencipta nama dipersada sukan daerah.

Buat pasukan bergu pula, Amir Hakim dan Amir Azrifaizal serta Nurul Izzah dan Nur Atikah, tahniah juga buat kalian. Pengalaman menyertai pertandingan seperti ini adalah permulaan dalam mencipta kegemilangan pada masa akan datang.

Kami warga Attaqwa mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan badminton sekolah kita iaitu Mohd Faiz,Nurul Izzah,Amir Hakim,Amir Azrifaizal dan Nur Atikah.Tahniah!



Skuad badminton Attaqwa.

Faiz sebelum perlawanan suku akhir bertemu dengan Naib Johan MSSD Temerloh 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan