Azran ceria kembali.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
"Bila nak keluar ustaz?"kata sebahagian anak-anak hebat Attaqwa itu. Lantas saya menjawab "Sabar, sikit lagi masa saya perlukan" Tersenyum pula mereka. Ada yang minta gambar mereka disiarkan, tidak kurang juga yang meminta jangan disiarkan gambar mereka, malu katanya. Tapi ayat anak-anak itu taklah seskema ayat di atas tu, deme pakai ayat kampung je,hehehe.
Alhamdulillah, program yang dirancang asalnya tergendala setelah bertembung dengan cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, akhirnya ia sempurna jua diadakan. Antara kejohanan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak termasuk guru-guru yang terlebih seronok contohnya Cikgu Jasimah. Manakan tidak, rumah sukan beliau dah 8 tahun tak pernah johan keseluruhan, asyik johan kebelakang je..hehehe
Tanggal 11 Febuari 2012, maka ditentukan Allah kejohanan ini dilangsungkan. Tiada masalah, segala persiapan dibuat baik termasuk kebajikan dan keselamatan murid. Bagaikan kapal perang sedia bertempur, begitulah dengan ahli-ahli rumah sukan yang terdiri daripada Temenggung, Syahbandar, Panglima dan Laksamana. Sangat bersemangat. Bersedia berkhidmat kata mereka.