Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Assalamu'alaikum W.B.T

Lama menyepi, apa khabar semua? Hari ini saya kembali dengan sedikit paparan berkaitan keputusan UPSR untuk sekolah ini. Alhamdulillah, dalam debaran semua guru dan pelajar tahun 6 khususnya, keputusan tersebut diketahui juga. Ada gembira, sedih, bercampur baur sememangnya adat dalam hal-hal seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada Aminah Adibah binti Khairuldin kerana berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR ini. Bagi yang lain pula, keputusan anda tidak kurang hebatnya. Anda mencipta sejarah dengan menjadikan At-Taqwa sebuah sekolah yang dikenali masa kini. Terima kasih buat semua pelajar tahun 6 yang tidak kenal putus asa dalam mencipta kejayaan. Terima kasih dan tahniah kepada Naim, Sidek, Syed, Lokman, Badrul, Andri, Helmi, Fahmi, Amir, Hafiz, Ikhwan dan Faiz. Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada Aminah, Afiqah, Istyqomah, Ummi, Fatihah, Farina, Amirah dan Ain.


Sekolah ini telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dalam daerah. Berada di kedudukan 17 daripada 52 buah sekolah sesuatu yang amat dibanggakan. Guru-guru di sini tetap mengejar mencipta kejayaan untuk anak didiknya walaupun sebenarnya mereka sibuk dengan kursus di IPG ketika ini. Secara tidak langsung, kata-kata atau ungkapan yang merendah-rendahkan sekolah ini berjaya dibuang jauh-jauh hasil kerja keras guru. Tahniah dan terima kasih kepada anda.

Perjalanan kita masih jauh. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada kita jangan sesekali diabaikan. Besar pahala itu menyampaikan ilmu, bertambah pahala kita apabila kerja dilakukan dengan seikhlas mungkin. Usaha dan doa senjata utama kita. Teruskan berjuang guru-guru,jangan sesekali rebah atau berputus asa dalam dugaan dan cabaran yang menimpa.

Emosi pula saya ini.Hehehehe. Baiklah, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakam ketika pengumuman keputusan pagi tadi.

Syabas dan tahniah!!!


From Keputusan UPSR 2010
Ustaz Khairudin ketika menyampaikan taklimat keputusan UPSR kepada guru. Pandai buat saspen guru besar kita ni...

From Keputusan UPSR 2010
Cikgu pun berdebar juga ketika menunggu guru besar memaklumkan keputusan.


From Keputusan UPSR 2010
"Bila la ustaz ni nak bagitau keputusan ni?' itu yang agaknya diperkatakan oleh Cikgu Noriza.

From Keputusan UPSR 2010
Ustaz Sahran menunggu keputusan diumumkan dengan meminum Air Gau.

From Keputusan UPSR 2010
Apa yang ditulisnya pun tak tau la tu...

From Keputusan UPSR 2010
Cikgu Azu tu sebenarnya pengerusi majlis, tapi disebabkan nak bergambar, majlis terpaksa ditangguhkan 30 minit.

From Keputusan UPSR 2010
Apsal ramai pejam mata masa baca Ummul Kitab?

From Keputusan UPSR 2010
"Takde darah dalam badan saya ni ustaz" kata Badrul.

From Keputusan UPSR 2010
"Adusss, bila ni nak umumnya, pening kepala dah ni" kata Ikhwan pula.

From Keputusan UPSR 2010
Lain macam je muka Fatihah...serammmm

From Keputusan UPSR 2010
Terbaik!!!

From Keputusan UPSR 2010
Macam tu rupanya Cikgu Mohaiza senyum...

From Keputusan UPSR 2010
"Tepi...tepi!!! Koi pun nak peluk cikgu jugak" kata Syed penuh harapan, tapi gagal dapat peluk.

From Keputusan UPSR 2010
Layan perasaan....

From Keputusan UPSR 2010
Berjaya jugak Syed...

From Keputusan UPSR 2010
Lompatan tak menjadi.

From Keputusan UPSR 2010
Kali pertama Aminah tak marah bergambar tengah panas...



2 ulasan:

  1. wahhhh............
    congratulation AMINAH.....
    5A....Be THE BEST......
    ko dah buat sesuatu yang mustahil or MIRACLE.

    BalasPadam
  2. huhuhu...
    tanx kat cikgu2 yg mngjr sye
    kwn2 jgak....
    blog niw mengingatkn sye kat korang jerk
    rindu nyer!!!!!!!!!!

    BalasPadam