Assalamu'alaikum W.B.T
Alhamdulillah pada hari Sabtu 25 September 2010 yang lalu kita sama-sama telah menjayakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Seronok apabila melihat pakaian warna-warni yang dipakai oleh murid-murid dan para guru.
Juadahnya pula ialah sate, nasi himpit,sup tulang dan sup ayam. Semuanya mengakibatkan murid-murid dan para guru tidak sabar-sabar untuk agenda 'serang makan'. Untuk itu, di bawah ini sedikit gambar yang sempat diambil untuk kenang-kenangan kita.
Ikhwan daripada tahun 6 membaca doa di perhimpunan pagi.
Guru turut mengaminkan bacaan doa daripada Ikhwan.
Ni jamuan raya ke jamuan parti kasut Bata?
Nasi himpit dari Bata?
Sir Jusli dan anak-anak angkatnya...
Amboi tahun 1, bukan main lagi ye 'berposing'...
Cikgu Julina terlebih senyum dari murid-muridnya...
Cikgu Noriza menunjukkan cara duduk yang betul...
Aksi peluk Cikgu hidanah tak menjadi...
Cikgu Jasimah tunjuk arah menggunakan dua jari,mana satu ntah arahnya...
Cikgu Mohaiza yang pemalu...
Cikgu Zaimi gagal dapatkan sate daripada Amirul.
Mana satu nak makan dulu ni Hibatullah?
"Koi suka betoi air sirap ni, 2 tong boleh abis ni" kata Syed kepada Loqman.
Sorang pun taknak pandang kamera...
Tak sangka pulak bekas air ni boleh buat isi kuah sate...
Suka tengok Hamzah makan, menghayati sepenuhnya dan tidak meninggalkan sisa...
Sempat lagi bergosip ye cik kak...
Macam nak makan lidi je Huda...
Ikhwan memastikan satenye selamat daripada dirampas Syahmi.
"Amirah dah tambah 4 mangkuk dah" kata Afiqah kepada jurugambar.
Cikgu Hamidah cuba mendapatkan 2 cucuk sate milik Sidek.
Senyum semanis sirap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan