Jumaat, 19 Februari 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010

Assalamu'alaikum W.B.T

Setelah selesai diadakan latihan merentas desa pada 30 Januari 2010 yang lalu, maka kejohanannya pula diadakan pada 5 Febuari 2010 hari Jumaat. Sepertimana latihan diadakan di Taman Awam Kubang Gajah, kejohanan Merentas Desa 2010 juga dibuat di sini. Awal-awal lagi murid At-Taqwa bersemangat untuk berlari. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar mulaidari sekolah sehinggalah ke taman awam tersebut.

Murid-murid diangkut dengan dua buah bas yang disewa khas oleh pihak sekolah. Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa / penjaga anak-anak At-Taqwa kerana sudi membantu dalam melicinkan lagi perjalanan kejohanan serta sudi menghulurkan derma bagi menjayakan sukan tahunan yang akan diadakan nanti. Sebagai tatapan, berikut adalah sebahagian gambar yang sempat diambil ketika kejohanan diadakan.

From Merentas Desa
Berbaris menuju garisan permulaan.

From Merentas Desa
Cikgu-cikgu perempuan macam nak berkelah je...

From Merentas Desa
Melepasi 'check point' pertama.

From Merentas Desa
Hamzah antara yang disebut-sebut bakal memenangi berbagai acara.

From Merentas Desa
Jalan-jalan cari makan.



From Merentas Desa
Peserta terbaik kejohanan.

From Merentas Desa
Nak memancing ke?

From Merentas Desa
Slow and steady...

From Merentas Desa
Cikgu Zaimi berlari sampai pondok keselamatan je,pastu terus pengsan.

From Merentas Desa
"Kalau boleh saya nak minum air kolam ni ustaz"kata Afiqah.

From Merentas Desa
Peserta-peserta terakhir.

From Merentas Desa
Belum lari dah terduduk,siap kena payung lagi.

From Merentas Desa
Cikgu-cikgu perempuan memang takde kerja lain, samada bergambar tak pun makan, dua ni aje...

From Merentas Desa
"Dah-dah la cikgu, dah kalah, nak buat macam mana"kata Hamka kepada cikgu Jasimah,Cikgu Azu dan Cikgu Mohaiza.Ketiga-tiga orang cikgu ini tak mahu balik ke sekolah selepas itu.

From Merentas Desa
"Kalah takpe, janji happy.

From Merentas Desa
Sementara menanti bas untuk pulang ke sekolah.

1 ulasan: