Selasa, 16 Februari 2010

Dukacita

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Minggu lepas, warga SRA At-Taqwa dikejutkan dengan beberapa berita sedih. Pertamanya, ibu kepada sahabat kita, Hibatullah bin Yusof (Tahun 5) dan adiknya Nasrullah bin Yusof telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin 8 Februari 2010. Kemudian pada hari Jumaat 12 Februari 2010 pula datuk kepada Siti Hajar binti Sabar (Tahun 5), Salman bin Sabar (Tahun 3) dan Ali bin Sabar (Pra Sekolah) juga telah kembali ke rahmatullah.

Ketika kebanyakan rakyat Malaysia juga warga At-Taqwa sedang bercuti panjang sempena cuti Tahun Baru Cina, Sabtu 13 Februari 2010 warga kerja At-Taqwa dikejutkan pula dengan berita bapa kepada Guru Besar Ustaz Mohd Khairudin bin Yaakob yang telah meninggal dunia kira-kira jam 10 malam di Felda Ulu Jempol, Maran.

Pihak warga At-Taqwa turut berkongsi kesedihan yang menimpa sahabat-sahabat dan guru besar kita ini. Daripada Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali.Al Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan