Sabtu, 21 November 2009

Persiapan Banjir

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sepatutnya artikel ini dikeluarkan pada Khamis lepas. Namun atas kesibukan pihak kami, artikel ini terlewat disiarkan untuk tatapan semua, maaf dipinta.

Pada hari Khamis 19 November 2009 yang lepas, warga sekolah telah mula mengemas alatan yang berada di sekolah sebagai persediaan menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku akibat daripada musim tengkujuh yang telah pun tiba. Pengalaman banjir besar yang berlaku pada Disember 2007, mengajar warga sekolah untuk membuat persiapan lebih awal. Kita merancang, ALLAH  tentukan semuanya.

Tiada sesiapa pun yang mahukan banjir berlaku. Tetapi adat alam, ada panas ada sejuk, ada hujan ada kemarau, semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH. Sebagai persediaan, pihak sekolah dengan dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), telah menyimpan barang-barang penting di Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang.

Dikesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Temerloh kerana menyediakan sebuah lori untuk kegunaan pengangkutan serta Sekolah Kebangsaan Tanjong Lalang kerana membenarkan sebuah kelas sebagai tempat simpanan barangan sekolah ini. Tidak lupa juga kepada semua guru, kakitangan dan murid-murid kerana bersama-sama berganding bahu dalam memudahkan lagi proses persiapan menghadapi banjir kali ini.



From Persiapan Banjir
Ustaz Syahirman tersipu malu apabila menyedari gambarnya sedang diambil.



From Persiapan Banjir
Boleh ke masuk dalam tu Cikgu Siti?



From Persiapan Banjir
Cikgu Julina sedang membuat pertimbangan samada dirinya boleh dimasukkan ke dalam kotak tersebut.



From Persiapan Banjir
Kerusi dan meja pun nak bergambar.



From Persiapan Banjir
Sebenarnya terdapat 4 orang murid setia mengemas sehingga petang bersama guru.



From Persiapan Banjir
Ustaz Syahirman bersama anggota JPAM di SK Tanjong Lalang.



From Persiapan Banjir
Lori JPAM yang digunakan untuk kerja memunggah barang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan