Sabtu, 5 September 2009

Semoga berjaya anak-anak!!!

From Drop Box

From Drop Box

Assalamu'alaikum Warahmatullah...

Bermula 8 September 2009 sehingga 10 September 2009 (Selasa - Khamis) minggu hadapan akan berlangsunglah peperiksaan UPSR dan UPSRA bagi murid-murid tahun 5 dan 6 At-Taqwa. Kami para guru,ibu dan bapa serta penjaga anak-anak sekalian akan mendoakan yang terbaik hanya untuk anda. Tiada sesiapapun antara kami yang mendoakan kegagalan, namun usaha terakhir yang perlu datang adalah dari diri anda sendiri!Sama-samalah kita doakan...

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini, akan meningkatkan lagi kekuatan kita dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi ujian UPSR dan UPSRA tahun ini. Jangan dipandang kepada keputusan percubaan yang lalu, sebaliknya jadikan ia satu pengajaran yang amat berguna untuk diri kalian.

Ingatlah, sebelum memasuki dewan peperiksaan nanti, mohonlah restu daripada ibu  bapa serta guru. Paling penting, berdoalah kepada Allah Yang Maha Pengasih agar kejayaan menjadi milik kita!!!

Selamat berjuang anak-anakku sekalian!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan