Rabu, 30 September 2009

MAKLUMAN

Assalamu'alaikum Warahmatullah

Dimaklumkan bahawa Guru Besar sekolah, Ustaz Mohd Khairudin bin Yaakob telah dimasukkan ke Wad Kenanga 11 Hospital Temerloh pada petang semalam (29 Oktober 2009). Menurut beliau, penyakit yang dihidapinya ialah asthma, kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pihak warga sekolah mendoakan agar Ustaz Khairudin cepat sembuh dan sesiapa yang ingin melawat beliau bolehlah ke Hospital Temerloh mengikut waktu lawatan yang telah ditetapkan.

Nota: Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke wad ketika ini kerana dibimbangi dijangkiti virus H1N1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan