Assalamu'laikum Warahmatullah dan Selamat Sejahtera
Apa khabar anak-anak, abang-abang, kakak-kakak, tuan-tuan, puan-puan dan pembaca-pembaca blog yang budiman? Semoga kalian dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah hendaknya. Adapun entri kali ini menyentuh berkaitan mesyuarat agong pibg bagi tahun 2013.
Ustaz Syahirman ( gambar sebelah) dalam menyampaikan kata-kata semasa temubual bersama wartawan pesisir kami, Encik Amirul menegaskan bahawa mesyuarat agong yang diadakan kali ini lebih kepada meraikan kehadiran keluarga adik Khairin Nazmi bin Khairul Azhar, yang terlibat dalam kemalangan sehari sebelum syawal tahun lalu (video di sini). "Nazmi adalah keluarga kita, kesedihan, kehilangan yang beliau alami,menyebabkan kita menangis bersama. Ketabahan, kekentalan dan semangat beliau dan ibunya, mengharungi dugaan ini mengajar kita satu perkara, jangan cepat berputus asa, Allah sentiasa bersama hambaNya, saat duka dan bergembira". kata beliau penuh perasaan.
Benar. Walau sehingga kini saya yakin, keperitan keluarga Nazmi menghadapinya belum pudar, namun kegembiraan mana lagi mahu kami ucapkan, saat melihat Nazmi berlari keriangan, berjalan bersama rakan, melemparkan senyuman setiap kali berselisih dan petah berkata-berkata, membuat hati kami bagai di taman astakona...
"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah
berita gembira kepada orang-orang yang sabar" (Al Baqarah ayat 155). Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kegembiraan, keceriaan dan kejayaan dalam hidup.
Moh kita layan gambar pula...
Membaca jambatan ilmu.
Masih awal, tetamu lebih kepada bertanya khabar ibu Nazmi.