Khamis, 31 Mei 2012

Guru Besar Masuk Wad...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.



Adalah dimaklumkan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Khairudin b Yaakob telah dimasukkan ke HOSHAS Temerloh Wad Tingkat 7 Kenanga 12 katil nombor 14 awal pagi tadi. Mengikut temubual dengan beliau semasa ziarah guru-guru lelaki petang tadi, beliau sebenarnya dah sakit asma seminggu yang lepas. Ni yang paling teruk. Untuk itu,marilah kita sama-sama berdoa semoga ustaz kita kembali sembuh seperti biasa dan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk anak bangsa. Syafakallah...

Rabu, 23 Mei 2012

Sudah lama tidak berblog (edisi 16 Mei)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Mana mungkin saya lupakan tarikh ini. Ia hadir tidaklah ditunggu-tunggu, tetapi kehadirannya cukup bermakna. Bukan buat diri insan yang bergelar guru sahaja, tetapi boleh dikatakan sesiapapun yang terlibat dengan dunia pendidikan pasti teruja dengan tarikh ini. 

Segenap kedai-kedai runcit, pasaraya,koperasi sekolah dan lain-lain kedai yang boleh bahan jualannya mendatangkan sebentuk hadiah buat insan bergelar guru sehari sebelumnya, pasti sesak dek penangan tarikh ini. Begitu juga saya,bagaikan kabus mengganggu kabur pandangan saya tentang ingatan zaman kanak-kanak dahulu, sudah pasti hadiahlah yang dicari buat guru saya, walaupun sekeping kad ucapan rekaan sendiri, puas melihat wajah guru menerimanya tanpa tolak tanpa bicara, mungkin terharu atas pemberian anak-anak muridnya.

Pernah seorang cikgu berkata kepada saya saat terima hadiah sebatang pen merah; ' pen merah ini tanda darah cikgu, takkan disesiakan untuk mencipta kejayaan buat anak-anak didik, andai cikgu gagal, betulkanlah kembali niat cikgu'. Saya tidak memahami ketika itu, apa yang dikatakannya. Kini apabila menjadi seorang pendidik, baharu saya boleh berfikir dan mendalami kata-katanya.

Buat anak-anak, terima kasih atas hadiah dan ingatan buat kami. Tiada antara kami yang mendoakan keburukan buat anak-anak. Siapalah kami tanpa kalian. Mengajar kami erti amanah, jujur, bertanggungjawab dan setia dalam mendidik. Semoga kejayaan dan kecemerlangan hidup berlandaskan Islam untuk anda semua!

Layan gambar......

Cikgu Yan, kalah Hasbullah Awang jadik pengacara.

Ahad, 20 Mei 2012

Sampai terduduk!!!

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Apa agaknya yang berlaku ni?Susah nak tengok Cikgu Yan semacam ini gembiranya...

Khamis, 10 Mei 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Semua guru dan warga kerja SRA Islam At-Taqwa mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun buat anak-anak attaqwa bermula 14 Mei 2012 sehingga 25 Mei 2012 (dua minggu). Hanya kejayaan kami doakan, semoga semua berjaya, insya Allah.