Rabu, 17 November 2010

Cameron Highlands

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah pada 13 dan 14 November 2010 lepas pihak sekolah berjaya menganjurkan rombongan ke Cameron Highlands. Sikit je gambar sempat diambil, banyak gambar admin daripada pelajar, harap maaf. Jadi, di bawah ini gambar yang sempat diambil semasa perjalanan dan ketika berada di Cameron Highlands.

From Cameron
Berhenti untuk sarapan di Hentian Lanchang.

From Cameron
Banyak betul makanan hari tu...

Salam Aidil Adha 1431H

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Warga At-Taqwa mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Haji dan selamat menjalani ibadah korban kepada semua.

Khamis, 11 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Assalamu'alaikum W.B.T

Lama menyepi, apa khabar semua? Hari ini saya kembali dengan sedikit paparan berkaitan keputusan UPSR untuk sekolah ini. Alhamdulillah, dalam debaran semua guru dan pelajar tahun 6 khususnya, keputusan tersebut diketahui juga. Ada gembira, sedih, bercampur baur sememangnya adat dalam hal-hal seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada Aminah Adibah binti Khairuldin kerana berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR ini. Bagi yang lain pula, keputusan anda tidak kurang hebatnya. Anda mencipta sejarah dengan menjadikan At-Taqwa sebuah sekolah yang dikenali masa kini. Terima kasih buat semua pelajar tahun 6 yang tidak kenal putus asa dalam mencipta kejayaan. Terima kasih dan tahniah kepada Naim, Sidek, Syed, Lokman, Badrul, Andri, Helmi, Fahmi, Amir, Hafiz, Ikhwan dan Faiz. Tidak lupa juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada Aminah, Afiqah, Istyqomah, Ummi, Fatihah, Farina, Amirah dan Ain.


Sekolah ini telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dalam daerah. Berada di kedudukan 17 daripada 52 buah sekolah sesuatu yang amat dibanggakan. Guru-guru di sini tetap mengejar mencipta kejayaan untuk anak didiknya walaupun sebenarnya mereka sibuk dengan kursus di IPG ketika ini. Secara tidak langsung, kata-kata atau ungkapan yang merendah-rendahkan sekolah ini berjaya dibuang jauh-jauh hasil kerja keras guru. Tahniah dan terima kasih kepada anda.

Perjalanan kita masih jauh. Amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh Allah kepada kita jangan sesekali diabaikan. Besar pahala itu menyampaikan ilmu, bertambah pahala kita apabila kerja dilakukan dengan seikhlas mungkin. Usaha dan doa senjata utama kita. Teruskan berjuang guru-guru,jangan sesekali rebah atau berputus asa dalam dugaan dan cabaran yang menimpa.

Emosi pula saya ini.Hehehehe. Baiklah, di bawah ini beberapa gambar yang sempat dirakam ketika pengumuman keputusan pagi tadi.

Syabas dan tahniah!!!


From Keputusan UPSR 2010
Ustaz Khairudin ketika menyampaikan taklimat keputusan UPSR kepada guru. Pandai buat saspen guru besar kita ni...

From Keputusan UPSR 2010
Cikgu pun berdebar juga ketika menunggu guru besar memaklumkan keputusan.

Ahad, 26 September 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri 1431 H

Assalamu'alaikum W.B.T

Alhamdulillah pada hari Sabtu 25 September 2010 yang lalu kita sama-sama telah menjayakan sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Seronok apabila melihat pakaian warna-warni yang dipakai oleh murid-murid dan para guru.

Juadahnya pula ialah sate, nasi himpit,sup tulang dan sup ayam. Semuanya mengakibatkan murid-murid dan para guru tidak sabar-sabar untuk agenda 'serang makan'. Untuk itu, di bawah ini sedikit gambar yang sempat  diambil untuk kenang-kenangan kita.


From Aidilfitri 2010 /1431
Ikhwan daripada tahun 6 membaca doa di perhimpunan pagi.

From Aidilfitri 2010 /1431
Guru turut mengaminkan bacaan doa daripada Ikhwan.

From Aidilfitri 2010 /1431
Ni jamuan raya ke jamuan parti kasut Bata?

From Aidilfitri 2010 /1431
Nasi himpit dari Bata?

Isnin, 20 September 2010

selamat berjuang, semoga berjaya...


Kami pohon pada-Mu Ya Allah,
Kejayaan dan kecemerlangan,
Untuk anak-anak kami ini,
Sesungguhnya,
Kepada-Mu wahai Yang Maha Esa,
Tempat kami memohon,
Tenangkanlah hati kami,
Jauhkanlah resah gundah,
Permudahkan urusan kami,
Ampunkan kami,
Ampunkan ibu bapa kami,
Ampunkan guru-guru kami,
Ampunkan kami Ya Allah,
Ampunkan kami Ya Allah,
Ampunkan kami Ya Allah,
Kami hamba-Mu,
Mengharapkan keredhaan-Mu,
Keberkatan jua kerahmatan-Mu
Amin ya Rabbal 'Alamin...

PErjUanGAN bAru beRMula

Assalamualaikum semua

tanggal 21, 22, 23 September 2010 merupakan saat yang ditunggu dan diharungi dengan penuh debaran...Bukan setakat anak-anak didik tahun 5 dan 6...juga kepada semua guru-guru di SRAAT..Masa yang hampir tiba umpama hirisan yang teramat tajam
buat semua anak didik tahun 5 dan 6 yang menghadapi UPSRA dan UPSR lakukan yang terbaik..Keluarkan semua hasil penat lelah kamu dalam berusaha menuntut ilmu bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat..Kami semua guru - guru saban masa tidak pernah putus mendoakan kejyaan yang terbaik buat kalian semua...Tidak lupa juga iringan doa dari kedua ibu bapa kalian semua...Ingatlah kami semua mengaharapkan kejayaan yang terbaik dari anda...

Berusaha + Berdoa + Bertawakal

Semua Boleh!!!

Ahad, 15 Ogos 2010

Alunan Suci di At-Taqwa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Ramadhan.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lepas telah menganjurkan Program Tadarrus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan. Program ini melibatkan murid daripada tahun satu sehingga tahun enam. Murid-murid juga telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan tadarrus daripada juzuk satu higga tiga puluh dan kumpulan hafazan juz 'amma.

Alhamdulillah, kesemua murid telah terlibat dalam program ini. Insya Allah, mengikut perancangan kita akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah sebelum cuti hari raya nanti. Selain daripada itu, aktiviti tazkirah turut diadakan dan disampaikan oleh Cikgu Mohamad Zaimi bin Abu Bak pada hari pertama di bulan Ramadhan. Semoga kita sama-sama berjaya mendapat keberkatan daripada Allah atas amalan yang telah kita lakukan ini.







Sabtu, 14 Ogos 2010

Program Menyambut Ramadhan 1431

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Ramadhan.

Setelah tiga hari berpuasa, dilihat anak-anak At-Taqwa tidak menghadapi masalah. Walaupun menempuh cuaca panas pada satu dan dua ramadhan yang lalu, mereka tetap bersemangat meneruskan puasa di bulan mulia ini.

Sehari sebelum menyambut ramadhan, pihak sekolah telah menganjurkan ceramah sempena menyambut Ramadhan. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Syahirman bin Abd Sukor. Selain daripada itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Panitia Bahasa Arab turut menganjurkan pelbagai aktiviti sempena bulan mulia ini. Semoga dengan aktiviti-aktivti yang dirancang, dapat mengukuhkan lagi ikatan sesama kita selama ini. Di bawah adalah beberapa gambar yang sempat dirakam.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Kembali...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Apa khabar semua? Diharapkan anda sentiasa sihat selalu dan menjalani kehidupan seharian dengan mendapat keberkatan daripada Allah. Kurang beberapa minit lagi, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kami selaku 'Team At-Taqwa' mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga amal ibadah kita pada tahun lebih banyak daripada tahun-tahun yang sudah. Buat anak-anak didik sekalian, moga pusa tahun ini di sekolah lebih meriah dengan penyertaan kita dalam aktiviti yang telah dirancang sempena Ramadhan tahun ini.

Jumpa lagi...

Salam Ramadhan...

Isnin, 26 Julai 2010

Peperiksaan Percubaan UPSR dan UPSRA 2010



Assalamu'alaikum W.B.T

Mulai esok 27 Julai 2010 bersamaan 15 Sya'aban 1431 hingga 29 Julai 2010 bersamaan 17 Sya'aban 1431, akan diadakan dua peperiksaan utama bagi sekolah ini. Kami guru-guru mendoakan agar semua murid tahun lima dan enam beroleh kejayaan dan kecemerlangan. Yakin dan percayalah, kejayaan dan kecemerlangan hadir melalui usaha dan sentiasa memohon keredhaan dan keberkatan daripada Allah. Tidak dilupakan juga doa daripada ibu bapa dan guru....

Rabu, 30 Jun 2010

Kumpulan Nasyid At-Taqwa

Assalamu'alaikum W.B.T

Buat julung-julung kalinya, kumpulan nasyid At-Taqwa yang lebih dikenali sebagai Soututtaqwa, telah menerima pelawaan daripada pihak luar untuk mengadakan persembahan. Persembahan telah diadakan di SMK Temerloh sempena Hari Koperasi sekolah tersebut.

Alhamdulillah, kumpulan nasyid kita telah membuat persembahan yang cukup baik. 3 buah lagu telah disampaikan sebagai memeriahkan lagi program SMK Temerloh yang sedang berlangsung ketika itu.

Jurulatih nasyid sekolah kita, Cikgu Zaimi menegaskan, persembahan di luar sekolah kali ini diharapkan menjadi langkah pertama dalam mengembangkan lagi kumpulan nasyid Soututtaqwa di dunia luar daripada sekolah kita.

Semoga apa yang dicitakan oleh Cikgu Zaimi, menjadi kenyataan. Tahniah diucapkan!





From SRA Islam At-Taqwa
Pemain muzik kumpulan nasyid kita.

From SRA Islam At-Taqwa
Penyanyi-penyanyi terdiri daripada murid tahun 3 dan 4.

From SRA Islam At-Taqwa
Mohd. Aiman Nasaruddin (kiri sekali) penyanyi solo didikan Cikgu Zaimi.

From SRA Islam At-Taqwa
Terlupa nak ambil gambar di SMKT, ambil gambar kat kolam SRAAT pun jadilah.

Taklimat Kem Sahsiah Kali ke 9

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? Bagi murid tahun 4, 5 dan 6, adakah anda sudah bersedia untuk menghadiri kem sekolah nanti? Tengahari 30 Jun 2010 jam 12.30 bertempat di surau, satu taklimat telah diadakan untuk murid tahun 4, 5 dan 6. Taklimat ini diberikan untuk menerangkan beberapa perkara sempena Kem Sahsiah yang akan dilangsungkan nanti.

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Wan, Cikgu Azu dan Cikgu Siti. Apa yang dilihat, semua murid seakan tidak sabar untuk menghadiri kem ini, terutama murid tahun 4 yang kali pertama akan menghadiri kem sahsiah anjuran pihak sekolah ini.

Dipohon kepada Allah, semoga perjalanan kem kita ini, diberkati dan dilindungi Allah sentiasa...



Isnin, 28 Jun 2010

Sekitar Majlis Perjumpaan Ibu bapa dan Guru


Assalamu'alaikum WBT.

Majlis ini diadakan sempena Kem Sahsiah yang akan diadakan mulai Jumaat ini sehingga Ahad nanti. Perjumpaan ini julung-julung kali diadakan. Pertemuan ini berlangsung pada Jumaat lepas yang melibatkan ibu bapa / penjaga murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja.

Alhamdulillah, perjumpaan ini berjaya mencapai kata sepakat di mana ibu bapa akan turut serta memeriahkan lagi kem tahunan sekolah kita. Insya Allah, pada hari terakhir, mereka akan bersama-sama dengan kita semasa slot motivasi.

Panjang umur, kita jumpa di Kem Sahsiah Kali ke 9 nanti!!!




From SRA Islam At-Taqwa
Guru Besar sedang menyampaikan ucapan.

From SRA Islam At-Taqwa
Suka betul pengarah kita ni.

PROGRAM SEKOLAH

Salam semua...ini ada sedikit maklumat terbaru mengenai program / aktiviti yang akan di laksanakan :

1~ Seramai 8 orang guru memulakan praktikumnya di sekolah pada hari ini
( 28 Jun - 3 Sept 2010 )
1. Cikgu Hamidah Tarmizi
2. Cikgu Siti Zaleha Abd Hamid
3. Us Wan Saiful Adli Wan Muhammad
4. Cikgu Noriza Mihd Nasir
5. Cikgu Rohaida Muda
6. Cikgu Mohaiza Mohamed
7. Cikgu Hidanah Ahmad Tajudin
8. Cikgu Mohd Zaimi Abu Bak
*Semoga semua guru dapat melakukan yang terbaik...

2~ Hari Pelaporan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Tarikh : 2 Julai 2010 ( Jumaat )
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh hari
* Semua ibubapa dijemput hadir untuk melihat rekod prestasi murid

3~ Kem Sahsiah Diri SRA At Taqwa Kali ke 9
Tarikh : 2, 3, 4 Julai 2010
Masa : Pendaftaran pada pukul 5.00 petang (2 Julai 2010)
* Semua pelajar tahap 2 tahun 4, 5, dan 6 terlibat.



Isnin, 21 Jun 2010

Rakan lama

Assalamu'alaikum W.B.T



Saya amat terkejut apabila seorang yang bernama Azwan Lee cuba 'add' saya sebagai rakan baru di facebook. Rupa-rupanya apabila disahkan sahaja rakan baru itu, barulah saya tahu itu adalah Azwanli, batch UPSR 2009. Tidak disangka-sangka rupanya Azwanli dapat menjejak kita melalui blog sekolah ni.

Untuk makluman semua, Azwanli kini meneruskan pengajian di Future Islamic School Indonesia, kini dapat bersama dengan keluarga tersayang.

Kami di sini mengharapkan agar Azwanli sentiasa kekal bersama kami, berjaya dalam pelajaran dan meningkatkan lagi ketakwaan kepada Allah.

Ahad, 20 Jun 2010

Salam

Salam kembali..sudah 2 minggu berlalu...esok kita semua akan berkumpul semula untuk meneruskan perjuangan di SRA ATTaqwa..Semoga anak-anak semua hadir dengan penuh semangat dan azam baru sempena pembukaan penggal yang baru...

Buat semua anak-anak At Taqwa tuntulah ilmu tanpa mengenal penat lelah..Jadilah seorang yang berilmu di dunia dan akhirat...

Bagi guru - guru..buka persekolahan kali ini memberi lebih cabaran kepada 8 orang guru At Taqwa yang akan mengikuti praktikum fasa 1..Diharapkan kepada semua guru lakukan yang terbaik...Bersama-sama kita doakan semua berjaya..Dibantu anak-anak Taqwa..

Tuntutlah Ilmu Tidak Kira Masa dan Usia..

Sabtu, 19 Jun 2010

Wajah Baru

Assalamu'alaikum W.B.T

Apa khabar semua? Sudah dua bulan lebih blog ni tidak 'update'. Maaf dipinta. Bukan malas nak buka, tapi disebabkan dengan bebanan kerja, sedikit sebanyak beberapa perkara terpaksa dikorbankan sementara. Tapi, pihak admin mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada pelajar-pelajar yang terus mengunjungi laman ini walaupun ketika itu tidak dikemaskini.

Insya Allah selepas ini, dengan semangat wajah baru, blog ni akan sentiasa mempunyai berita / maklumat / info terkini untuk tatapan murid-murid, guru-guru, penjaga-penjaga dan sesiapa sahaja yang mengunjungi laman ini.

Sekian untuk kali ini, jumpa lagi.

Khamis, 1 April 2010

Sukan Tahunan (Part 2)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kalau dalam part 1, banyak ditunjukkan acara-acara yang dilangsungkan di sekolah. Tetapi, dalam part 2 ni, acara-acara ini pula dilangsungkan di Stadium Temerloh.Layan....

Muhammad Ikhwan mengepalai bacaan doa sebelum kejohanan dimulakan.

Guru-guru perempuan paling kuat meng'amin'kan bacaan doa...

Antara penjaga yang paling awal tiba.

Murid-murid tidak sabar memulakan acara.