Isnin, 26 September 2011

Kalimah ALLAH dari kawasan sekolah...ALLAHU AKBAR


ALLAHU AKBAR! SUBHANALLAH! Itulah kalimah yang terpacul dari mulut Encik Amirul Mukmin apabila memandang ke langit. Tergamam.Masa itu angin terlalu kuat, saya ingatkan atap sekolah diterbangkan angin, rupanya dirinya terkejut dengan kebesaran Allah itu, saat kami sibuk mengejar khemah dari diterbangkan angin.

"Kali pertawa weh". Terlihat genang merah di kelopak matanya. Lantas diseluk tangan ke poket seluar, cepat dikeluar telefon bimbit canggihnya, mahu merakam kebesaran pemilik alam ini. Ya, rakaman berjaya walaupun awan itu mula dibawa angin..."Insaf koi, Allah pilih koi yang banyak dosa ni melihat kebesaran Dia... bersyukur pada Mu Ya Allah, atas peluang ini..."katanya penuh getar.... Saya pula kaku mendengar katanya.... ALLAHU AKBAR!!!

Sabtu, 24 September 2011

Kenapa berbaju melayu di hari Khamis?

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Kalau dilihat pada pakaian Encik Amirul ini, pasti ada sesuatu yang tidak kena di Attaqwa pada Khamis baru-baru ini. Kenapa ye?

Semoga cepat sembuh

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua. Kami mengharapkan semua warga at-taqwa dan tetamu blog ini sihat walafiat. Ni update pasal Faris. Alhamdulillah, pembedahan berlangsung 45 minit, dan Faris insya Allah sihat kembali. Masa ziarah tadi, beliau kelihatan ceria daripada sebelum ini, mungkin gabra dah ilang...hehehe

Insya Allah minggu depan ayah beliau bagitau, dah boleh pergi sekolah jumpa kawan-kawan. Semoga cepat sembuh Faris...jumpa kamu di attaqwa...

Rabu, 21 September 2011

Ucapan Faris kepada rakan-rakan...

Gembira. Sedih. Itu yang boleh saya katakan. Pada awal pertemuan, semuanya bergelak ketawa. Bertempat di Wad Melor 1 tingkat 8, saya bersama isteri, Cikgu Zaimi dan Ustaz Sahran bertemu sahabat cilik kami, Faris Zainuddin. Saat beliau menyampaikan ucapan selamat tinggal yang keluar secara spontan, dalam senyum ketawa kami, sebenarnya sebak. Apalah sangat yang difahami Faris saat usianya baru 9 tahun akan penyakit tonsil, pasti dikiranya cukup bahaya sehingga terpacul perkataan 'selamat tinggal'. Menangislah. Tabahkanlah hatimu sahabat...susah senang kami tetap bersamamu...

Ya Allah, permudahkanlah urusan anak dan sahabat kami ini dalam menjalani pembedahan tersebut, tabahkanlah hatinya, kuatkanlah semangatnya, kembalikanlah kesihatan beliau seperti asal, semoga beliau kembali bersama kami di attaqwa, meneruskan cita dan impiannya dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat...Amin Ya Rabbal 'Alamin...


Selasa, 20 September 2011

Indahnya Hidup Berdoa

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Layan video ini. Ada sedikit kesilapan dalam bacaan doa ini, boleh dibaiki lagi. Semoga berjaya anak-anak...sentiasa berdoa.

Isnin, 12 September 2011

UPSR & UPSRA

Assalamualaikum semua...

Selamat menghadapi peperiksaan besar buat pelajar tahun 5 dan tahun 6 ( 13,14 &15 Sept 2011)... Hadapinya dengan hati yang tenang dan penting sekali bertawakkal kepada Allah swt..Sepanjang tahun sehingga ke hari ini kita telah berusaha sebaiknya maka esok adalah penentu dan yang tinggal hanya doa dan tawakkal..Ingat kepada pesanan dari semua guru-guru, cikgu - cikgu dan ustaz - ustaz sebagai pendorong selain dari pesanan ibu bapa yang amat berharga..
Selamat Maju Jaya semua...