Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Sekali tengok lambang, pasti ada yang berkata, "tak senonoh punya lambang", "tak de logo lain ke nak guna","nak tunjuk rock sangat la tu" dan lain-lain lagi. Namun bagi kami di At-Taqwa, lambang atau logo tengkorak tidak ada salahnya, kerana setiap manusia ada tengkorak, yang bezanya cuma isi tengkorak itu.
Apa itu Wild Chopper? Mereka bukanlah gagak di rimba. Mereka adalah kumpulan yang memiliki motorsikal berkuasa tinggi di mana jika kumpulan-kumpulan motor seperti ini lalu di hadapan kita, nak tak nak, tetap pandang.
Baru-baru ini, kumpulan Wild Chopper telah memberikan sumbangan amal kepada keluarga Encik Sabar di Kg. Gantok Ulu. Keluarga Encik Sabar cukup terkenal di sekolah kita. Siapa tidak ingat kisah Siti Fatimah yang hadir ke sekolah dengan kasut yang berlubang. Apabila di tanya, jawapannya cukup mudah, "Selagi boleh dibuat alas kaki,gunalah sehingga hancur". Hati bertambah hiba apabila mendengar pula kisah adiknya, Siti Hajar yang berceritakan bagaimana mereka ke sekolah. Adik beradik ini hadir ke sekolah dengan berjalan kaki terlebih dahulu lebih kurang 7 hingga 8 kilometer sehari melalui kebun getah dan kawasan hutan sebelum menaiki bas di simpang Kg. Gantok. Jangan ditanya binatang apa pernah lalu di hadapan mereka ketika berjalan kaki.
Di kesempatan ini, pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada ahli Wild Chopper kerana telah berjaya menjalankan kerja amal seperti ini. Terima kasih juga kerana sudi mengundang dua orang warga kerja At-Taqwa untuk terlibat sekali dalam program ini. Semoga kerja amal ini diteruskan lagi tanpa mengira kulit, agama dan bangsa. Secara tidak langsung, kegiatan-kegiatan seperti ini membuka mata kepada pihak berwajib untuk lebih prihatin kepada insan yang memerlukan.
Berikut adalah gambar sekitar program amal yang dijalankan Wild Chopper untuk keluarga Encik Sabar (maaf kepada ahli Wild Chopper, gambar ini diambil tanpa izin dari www.wildchopper.forumotion.net )
Antara ahli-ahli Wild Chopper, anak-anak, Abang Amirul, Adik Amirul dan Cikgu Zaimi di Shell Kg. Paya Dalam.
Perempuan pun ada dalam kumpulan ini.
Bergambar bersama keluarga Encik Sabar.Cikgu Zaimi nampak lain betul malam tu...macam nak bernasyid je.
Motor-motor ni kali pertama sampai di Kg. Gantok Ulu.
Amirah dan adiknya turut serta.
Ingatkan Encik Awang nak gantung bendera ni kat rumah Encik Sabar, buat suspen je...